sksgl.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LESONG
31950 MAMBANG DIAWAN, PERAK Tel/Faks : 05-4780468
e-mel : sksgl@zoom-a.com
| Utama | Tinta Guru Besar | Berita Terkini | Falsafah Negara | Logo Sekolah | Visi & Misi | Doa Sekolah | Lagu Sekolah | Staf Akademik | Staf Sokongan | Enrolmen Pelajar | Pautan | Buku Pelawat |

BERITA TERKINI

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Pada 2 Julai 2011 yang lalu telah diadakan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat SK Sungai Lesong. Program yang dijalankan serentak di seluruh negara ini telah melibatkan seramai 315 orang murid SK  Sg. Lesong.
(dipetik dari blog sksl sungailesong.blogspot.com)



Kejohanan Olahraga Kali ke 35 SKSL 2011

Kejohanan Olahraga Kali Ke-35 SK Sungai Lesong bagi tahun 2011 telah berlangsung dengan meriahnya pada 30 Jun 2011 yang lalu. Kejohanan yang melibatkan 4 rumah sukan iaitu rumah Merah, Kuning, Hijau dan Biru ini telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berbahagia En. Khairu Subhi bin Mat Ali selaku Yang Di Pertua PIBG SK Sg. Lesong. Kejohanan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ADUN Ayer Kuning, Yang Berhormat Dato' Samsudin bin Abu Hassan yang tiba di pertengahan kejohanan untuk merasmikan majlis penutupan kejohanan.  (dipetik dari blog sksl sungailesong.blogspot.com)



Selamat Datang Guru Besar SKSL

En. Mohd Hanif Bin Yunus telah ditukarkan dari PPD Batang Padang ke SK Sungai Lesong sebagai guru besar yang baru bermula JUN 2011. Beliau sebelum ini merupakan pegawai PPD Batang Padang di unit pra sekolah. Kedatangan beliau menamatkan penantian warga SKSL selama beberapa bulan setelah En. Harman bersara. Seluruh warga SKSL mengucapkan selamat bertugas kepada Tuan Guru Besar yang baru, En. Mohd Hanif Bin Yunus.




Tahniah Skuad Kriket (Johan Batang Padang) & Skuad Bola Baling (Tempat Ketiga)

Sukan telah berjaya mengharumkan nama SKSL di peringkat Batang Padang dengan menjuarai Kriket Bawah 12 Tahun dan Bola Baling Tempat Ketiga Perempuan Bawah 12 Tahun. Terima Kasih kepada Pemain-pemain, Jurulatih dan Guru Pengiring yang terlibat. Syabas diucapkan!


Guru Baru SKSL

Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada 4 orang guru baru untuk berkhidmat di sekolah ini. Selamat Berkhidmat.



Program Pembangunan Pelajar ke Pusat Kokurikulum Pangkor

Sksl telah mengadakan aktiviti luar yang pertama untuk pelajarnya di Pusat Kokurikulum, Pulau Pangkor, Perak pada 11.2.2011 selama 3 hari 2 malam. Ia disertai oleh seramai 55 orang yang terdiri daripada murid tahun 5, 6 & 7 orang guru pengiring yang diketuai oleh PK Hem, En. Zainal. Program ini bertujuan mendedahkan pelajar untuk memupuk sikap kerjasama, interaksi selain merupakan aktiviti luar. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya Rappeling, Flying Fox, Kayak, Snorkling, Jungle Tracking dan bermalam di khemah untuk pelajar. Sekalung penghargaan diucapkan kepada En. Zamri dan En. Roszi yang bertungkus lumus dalam program tersebut. Terima Kasih juga diucapkan kepada guru pengiring, En. Zainal, En. Azam, Ustzh Jasmi, Ustzh Yati, Cik Nirani & Cik Yun  yang setia sentiasa di samping pelajar-pelajar. Syabas diucapkan kepada pelajar SKSL kerana memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi untuk program tersebut!! Semoga di lain masa, kita akan mengadakan lagi di Pulau Pangkor...

Kenangan Terindah Untuk Semua


 

Pertukaran Penolong Kanan Kokurilum, En. Zamri B. Abd Rani

Pada 24.1.2011, En. Zamri B. Abd Rani telah ditukarkan kembali ke PKG Tapah Road, dimana beliau akan bertugas semula sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru, Tapah Road. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada beliau berkhidmat selama lebih kurang 5 bulan lebih di sksl sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Segala budi baik beliau akan kami kenang jua.




Majlis Persaraan Tuan Guru Besar, En. Harman B. Mat Rafar

Majlis telah diadakan pada 19.1.2011, dihadiri oleh Tuan PPD Batang Padang, Tn. Hj. Muhammad Nawawi Bin Yaakob, YB Ayer Kuning, Dato' Samsudin Bin Abu Hassan, Pegawai-pegawai PPD, PIBG dan Guru Besar Kelompok 1. Majlis bermula dengan ketibaan yang diraikan Tuan Guru Besar, En. Harman Bin Mat Rafar pada pukul 10.00 pagi. Persembahan daripada murid-murid sksl dan tayangan video mengiringi majlis yang berlangsung dan Tuan Guru Besar dijemput naik ke buaian yang disediakan di atas pentas. Tuan Guru Besar juga tidak dapat menahan sebak apabila menitiskan air mata ketika beliau berucap untuk kali yang terakhir di sksl. Dalam ucapannya beliau merakamkan sekalung penghargaan buat warga sksl. Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari. Sesungguhnya SK Sungai Lesong kehilangan seorang guru besar yang prihatin, dedikasi & bertanggungjawab. Kami di SKSL turut menangisi pemergian tuan dan kami akan mengenang segala jasa dan budi yang tuan berikan selama berkhidmat di SKSL selama 3 tahun lebih. JASAMU DIKENANG. Terima kasih kepada semua.





Majlis Khatam Quran & Sambutan Aidilfitri Peringkat SKSL

Majlis telah diadakan pada 24/09/2010. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Khairul Azahar, Penghulu Mukim Chenderiang. Dimulakan  dengan khatam quran yang diketuai oleh Ustaz Yusaini dan beberapa orang murid SKSL Selepas itu beberapa acara lain seperti pertandingan nyanyian lagu raya dilangsungkan. Majlis diakhiri oleh jamuan raya dengan pelbagai jenis makanan seperti lemang, nasi impit, kuih raya dan lain-lain lagi. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran PIBG dan ibu-bapa murid. Semoga pada tahun hadapan, SKSL dapat mengajurkan majlis ini seperti ini lagi yang dapat mengeratkan silaratulrahim selain menyambut bulan syawal. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.




UPSR 2010

Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada murid-murid tahun 6 yang menduduki UPSR 2010.

Warga Baru SKSL

Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Izad dari SK Ayer Kuning dan Ustazah Nisa dari SK Batu Tiga yang bertukar ke sekolah ini. "Ahlan Wasahlan".

Majlis Perpisahan


Bertarikh 16 Ogos 2010, Isnin SK Sungai Lesong sekali lagi merakamkan detik-detik kesedihan di atas pertukaran dua orang guru yang paling senior di sekolah ini. Mereka ialah Ustaz Rozali b. Jaafar yang akan bertukar ke SK Temoh dan Ustazah Norashikin bt. Ghazali yang akan bertukar ke SK Ayer Kuning.

Majlis Perpisahan yang diadakan di dataran sekolah telah membangkitkan suasana pilu di kalangan guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Ucapan dan amanat terakhir daripada kedua-dua guru tersebut diharap memberi suntikan semangat kepada murid-murid untuk terus maju dalam pelajaran. En. Harman b. Mat Rafar selaku Guru Besar sekolah ini juga tidak dapat menyembunyikan kesedihan dan menahan sebak ketika menyampaikan ucapan. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua orang guru terbabit di atas sumbangan mereka terhadap sekolah dan kepada murid-murid sekolah ini.

Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan bersalam-salaman sambil menyanyikan lagu Doa Perpisahan.

Seluruh warga sekolah mendoakan agar Ustaz Rozali dan Ustazah Norashikin diberikan kesihatan dan ketenangan serta selamat bertugas di tempat baru.



  



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: